06 April 2011

Pisang

Sukanya hati kalau ada pisang kat rumah. Setiap minggu mesti ada stok  pisang . Pisang ni boleh pelbagaikan masakan. Boleh buat kek, pisang goreng, apam pisang , pisang rebus(makan dengan kelapa parut), lepat pisang dan paling koman boleh buat cokodoklah.

Suami suka makan lepat pisang. Kalau buat lepat mesti terangkatlah. Boleh ulang pagi petang. Letak sikit kelapa parut kat tengah lepat tu. Mengacam  sangatlah.

Sekarang tengah fikir nak buat apa dengan pisang emas yang cantik kat dapur tu. Nak buat lepat dah malam. Letih pula hari , balik dari rumah adik bawa mak mengurut petang tadi. Sampai dah maghrib kat rumah. Esoklah projek pisang ni. Daun pisang dah ambil . Kelapa parut pun dah ada.

 Lepat ke???
Post a Comment