18 May 2011

Air Gas Merbahaya , boleh kena diabetis.



Baru  balik rumah Makcik Nah di Taman Damai , Parit Buntar. Pergi ambil barang kiriman dari Sabah. Lama dah Makcik Nah balik dari KK. Tadi baru boleh pergi ambil barang tu hari ni. Orang Sabah dah dok tanya, nak pergi ambil bila?.Bukan pasal barang kiriman yang datang naik belon tu.  La ni nak cerita pasal lain .

Mak cik Nah ni tinggal suami isteri sebab anak-anak dah besar panjang. Masing-masing dah kerja . Dua-dua anaknya kerja kat KL. Bila suami pergi kerja tinggallah sorang-sorang. Kerja kat rumah pulak bukannya banyak. Maklumlah tinggal berdua. Makan , tidur saja lah. Masa bersantai tu lebih banyak peluh tak keluar.

Rupa-rupanya suami isteri ni dah kena diabetis. Sekarang kena makan ubat ikut aturan setiap hari. Asalnya, mereka ni suka minum air gas. Air gas ni pula bukan beli sendiri, tapi dapat  percuma dari pasaraya berdekatan bila barang yang dibeli melebihi Rm yang di tetapkan. Contohnya ,kalau beli barang Rm100 dapat sebotol air gas. Akibat selalu dapat, banyaklah stok kat rumah. Tak ada sesiapa yang nak minum jadi makcik dan pakcik yang minum. Air gas ni walaupun sedap, tapi kandungan ula sangat tinggi. Itu yang merbahaya. Jadi kita kena elak minum air ni selalu. Minum air masak lagi bagus.

Mula-mula check, uren test bacaan sampai 21. Tinggi tu. Badan pun letih. Kerap dahaga dan selalu mengantuk di siang hari. Malam tak lena tidur sebab asyik nak ke tandas. Nasib baik sedar awal kalau tak , tak tahulah. Sekarang under control .

Harap mak cik suami isteri dilindungi olehNya.

2 comments:

  1. Air kosong air terbaik.. :).. Berbanding air bergas yang gula banyak.. Fuhh.. Memang kering mulut sebab dehydration kalau selalu minum air bergula..

    Newest Entry, Ingin Mendapat Banyak Comment?

    ReplyDelete
  2. Sekali sekala tak apa. Tapi kalau dah ketagih tu yg susah.

    ReplyDelete