11 May 2011

AYAM SUNGAI

Pernah dengar nama ayam sungai? Meh sini nak citer. Kata kawan aku (dia pun suaminya bagi tau) , zaman 90an dulu kalau diner ada satu menu tu ayam sungai . Menu lain pun ada juga. Suami dia kerja kat kilang. Selalu kilang -kilang ni buat diner masa akhir tahun atau nak celebrate apa-apa.

Ayam sungai ni beraturlah dengan menu-menu yang lain. Selalunya , depa semua dah tau apa dia ayam sungai. Tapi aku ja tak tau ayam sungai tu apa. Semalam baru tau . Samapi ternganga mulut. Lagu tu no.

Tu citer dulu-dulu , zaman sekarang tak ada  dalam senarai menu diner dah kut.



Ayam sungai maksudnya katak. Katak ni kan habitatnya di sungai.



Depa makan , kita tak makan.
Post a Comment