Terkejut pagi-pagi ni, bila buka blog tiba-tiba follower dah bertambah. Dalam masa beberapa jam sahaja sahabat yang add ke CB lebih seorang. Alhamdullillah. Bertambah lagi kenalan baru. Sebelum tidur semalam , baru saja tengok jumlahnya hanya 68 orang. Tak bertambah-tambah sejak seminggu dua. Nak tambah seorang pun susah, ini kan pula masuk berdesup-desup. Almaklumlah blog tepi tangga saja. Merapu -meraban. Apalah sangat.
Bila orang dah follow kita, saya akan follow balik. Itu tanda terima kasih saya pada yang sudi .Memang kita follow orang , kita klik dia, dalam hati berharap apa salah orang tu follow balik. Walau pun bukan perkara wajib kena follow balik. Orang berbudi kita berbahasa. Percuma beb!!Tolong kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment