21 May 2011

DARI 68 DAH KE 74.

Followers (74More »
Already a member? Sign in


Terkejut pagi-pagi ni, bila buka blog tiba-tiba follower dah bertambah. Dalam masa beberapa jam sahaja sahabat yang add ke CB lebih seorang. Alhamdullillah. Bertambah lagi kenalan baru. Sebelum tidur semalam , baru saja tengok jumlahnya hanya 68 orang. Tak bertambah-tambah sejak seminggu dua. Nak tambah seorang pun susah, ini kan pula masuk berdesup-desup. Almaklumlah blog tepi tangga saja. Merapu -meraban. Apalah sangat.

Terima kasih kepada sahabat yang baru datang, eida, Malaysia Tourism, Radiokita_fm, TOPmp3, PRAPET pk  tengah dan Forum 1 Malaysia.

Bila orang dah follow kita, saya akan follow balik. Itu tanda terima kasih saya pada yang sudi .Memang bila kita follow orang , kita klik dia, dalam hati berharap apa salah orang  tu follow balik. Walau pun bukan perkara wajib kena follow balik. Orang berbudi kita berbahasa. Percuma beb!!Tolong kawan-kawan.

Peel saya , kalau ada yang sudi letak blog  Cempaka Biru saya di bloglist mereka , saya juga akan letak blog mereka di bloglist CB juga. Ada beberapa sahabat, yang sudi menempek blog saya di blog mereka. Saya sangat berbesar hati dan merasa gembira.  Saya akan buat entry lain tentang ini dan akan senaraikan satu persatu.

Tunggu...

Selamat Berhari Minggu.

1 comment: