05 May 2011

FATIN & SUFIAN




Agenda utama ke KL adalah nak makan kenduri Fatin &Sufian. Kenduri sulung dalam keluarganya. Bertempat di Dewan Jerman , Bangi. kami sampai , pengantin pun baru sampai. Kira ngam2lah. Menu sangatlah banyak pilihan. Ada rendang tok (wajib menu org Perak),acar buah(sedap), ayam goreng berempah, ikan tongkol kering, pajeri nanas . Ada lagi tak ingat. Aku ambil 4 yang awal aje. Nasi minyak le. Nasi putih pun ada. Pencuci mulut ada cendol, bubur kacang , karipap, teh tarik. Itu yg aku nampak.



Kanak2 gembira dapat gula2.

Bapa pengantin perempuan (sepepu mak saya) , mak2 sedara, sepupu -sepapat.

Kakak sulung dengan si bungsu Shauqi

Mak Tok dengan cucu sulung Alia.

Ain, Shafiq, Hafiz dan   Wafi.


Makan kenduri ni yg seronoknya dapat berjumpa sanak saudara yg dah lama tak bertemu muka.  Kat sini aku dapat jumpa saudara-mara sebelah mak yg dah lama tak berjumpa. Dari yang tua sampai yang muda belia.
 
Post a Comment