Buat Duit

Wednesday, May 4, 2011

PLAZA LOW YATT

Dari rumah abang di Segambut berkereta hingga ke Jalan Hang Tuah. 2 anak lelaki wafi dan Izzat tak ikut.Nak main bola dengan sepupu2nya.  Dari Jalan Hang Tuah kami naik monorail hingga ke jalan Imbi untuk ke Low Yatt.Kereta parking kat dalam stesen bas yang tempat parking besar tu.

      Teka yang mana satu kakak, yang mana satu adik? Jeng2.

Dua orang anak dara ni dengan Shauqi aje yang ikut.Si abahnya nak upgrade komputer peribadinya, yang dua orang ni nak kenen2 apa yang menarik kat Low Yatt. Maknya? Orang memang ramai ,mengambil peluang cuti hujung minggu dan cuti Hari Pekerja agaknya. Sampai tingkat atas penuh dengan orang. Tapi kat atas nun , dah ada peniaga dari luar. Ada satu kedai tu dari Pakistan dah jadi toke.

Sedang menunggu nak naik monorail ke Medan Tunku.

Dalam monorail pun sesak dengan orang. Masa naik dari jalan Hang Tuah ke Jln Imbi ada budak pompuan  pelawa duduk sbb tengok aku dok si Shauqi. Ada  juga yang baik hati.Tapi masa nak ke Medan Tunku dlm masa yg panjang tu , tak ada org nak pelawa duduk pulak.Masa dekat nak sampai ada Mat Saleh sorang ni yg auta-auta suruh duduk pada Suami yg sedang dukung Shauqi. Say thank you aja lah pada dia.


Kat Low Yatt, dapatlah satu beg komputer baru utkku. Alia memula nak MP3 sama dgn Ain .Tapi akhirnya , beli pendrive 8G. Itu lebih praktikal masak tengah belajar ni.


Dari Low Yatt , kami ke Sogo pulak. Bahagian kasut dan beg tangan offer  gila 50% -70%. Nampak macam best je. Dok usyar je, tak beli pon.Tak retilah , dok berebut dgn org lain.Akhirnya beli seluar  panjang untuk Wafi. 

Jom  balik, dari pukul 3 petang , dah dekat pukul 10 mlm dok ronda tak habis lagi. 

*Aku rasalah, Kat Pertama Kompleks harga tepon murah sikit dr Low Yatt. Samsung Galaxy Rm 1699 belum tawar menawar lagi.

*Esok kenduri Fatin & Sufian di Dewan German , Bangi.

7 comments:

  1. ada offerrr????
    naper sy tak tahu nie

    huhu sungguh ketinggalan zaman lah sy ni kak

    ReplyDelete
  2. salam,
    kakpah teka yang kiri itu kakak yang kanan adik.
    Kat bangi ada dewan German?

    ReplyDelete
  3. Tak rugilah meronda,dapat satu habuan.
    Kalau kak Zai pasti rembat satu handbag sebab discount banyak tu.

    ReplyDelete
  4. Betullah kak Pah. Pandai kak Pah teka. Si adik lebih tinggi dari kakak.

    Ada. Dewan german tu namanya GMI(German - Malaysia Institut). Mungkin pusat pengajian antara 2 negara kut.

    ReplyDelete
  5. Ziton: Bukan apa. Bulan 6 ni bulan menyopping kat Jakarta & Bandung.Simpan duit le...

    ReplyDelete