20 May 2011

LAKE GARDEN TAIPING



Sesiapa yang datang ke Taiping , singgahlah ke Lake Garden di sini.  Kalau nak mendapat kelainan pengalaman datang sebelah malam boleh melawat Night Safari. Taman Taiping ni , lebih popular di panggil Lake Garden oleh orang sini. Tak kira budak-budak atau orang tua pangkat Tok Nek .Mesti sebut nak pergi  Lake Garden.

Pokok -pokok kat sini pun dah berusia ratusan tahun . Popular tempat pengantin ambil gambar bila musim kenduri -kendara.

Taman ini akan penuh dengan manusia setiap hari. Kalau hujung minggu dan cuti sekolah lagilah ramai. Meriah betul datang kat sini. Boleh berjogging ,  naik itik , bergambar , duduk -duduk di tepi tasik atau boleh juga ke terus ke Bukit Larut .






Nak ke Bukit Larut kena pergi awal pagi, kalau lambat  tak dapat nak naik. Ada banyak faktor , orang ramai atau dah terlepas jip yang disediakan. Boleh juga tidur di atas sana . Boleh booking awal. Dari atas Bukit Larut boleh melihat pemandangan sekitar bandar Taping sehingga Bukit Merah nun. Bila dah pagi sejuk sampai ke tulang hitam. Pagi-pagi mandi macam mandi dengan air ais.




Jip ni yang akan bawa kita naik setelah beli tiket. Waktu naik dan turun  telah ditetapkan kalau tak nanti bertembung susah pula. Kereta sendiri takdibenarkan naik rasanya atas faktor keselamatan.

Orang kahwin pun suka abadikan memori mereka di sini.


azizulhasni

Siapa kat atas tu? Azizul Hasni dan isteri. Kalau nak tengok gambar lagi boleh ke blog beutifulnara.
Post a Comment