19 May 2011

SOLAT TAHAJUD



Seandainya berniat nak bangun solat malam, memang kita akan terjaga sendiri. Bercakap dari pengalaman sendiri, solat tahajud, solat hajat atau mana solat sunat kita kan terjaga sendiri seperti digerak kan oleh orang lain.

Kadang -kadang rasa nak terkencing dan kadang-kadang anak kecik nak susu .Macam kita dah berjanji dengan Allah . Allah akan gerakkan kita dengan berbagai cara dari tidur yang lena itu..

Kalau tak jadi nak bangun , mata susah nak pejam balik. Terkelip-kelip. Akhirnya , kena selesaikan solat sunat dan selepas tu dapat tidur dengan mudah pula.

Mentang-mentang malam ni malam Jumaat, teringat pula solat Tahajud ni. Bukan nak bermegah-megah dapat bangun solat tengah malam. Bukan selalu pun dapat melakukannya. Tetapi bagi sesiapa yang berhajat nak bangun tengah malam, niat dalam hati nak solat malam , Isyaallah kita akan terjaga dari tidur dengan mudah. Tak payah pakai jam pun boleh terjaga.

Semoga kita mendapat redha dariNya.

2 comments:

  1. betul tu ...klu dh buat selalu,mmg senang dh nk bngun.yg susah tu mula2 tu je.maklumlah,sapa tak sayang tilam dn selimut kan...tambah2 klu time hujan pulak tu..aduh,syoknya tdor..mudah2an yg sunat ni dpt lah menampung mana2 yg terlopong sna sini tu.

    ReplyDelete
  2. Banyak pahala yang dijanjikan untuk kita, maka banyak juga godaan untuk melakukannya.

    ReplyDelete