SK RTBK PONDOK TANJUNG



Inilah sekolah tempat aku mengajar. Sekolah kecil yang berada di kawasan luar bandar. Majoriti murid-murid di kalangan anak pekerja ladang dan peneroka kelapa sawit .

Bermula pada hari Jumaat , kami akan mengadakan program  UPSR Matematik Sains(Pro Matsa) selama 3 hari 2 malam yang melibatkan 3 buah sekolah . Murid yang terlibat dari Tahun 5 dan 6. Ia melibatkan seramai 103 orang murid yang akan bermalam di sini di bawah selia para guru.

Program memang banyak dirancang terutama setelah Guru Besar YM Raja Zainal Hafiz b Raja Adnan yang baru mengambil alih. Beberapa program telah berjaya direalisasikan seperti Gotong -royang dengan kerjasama PIBG, Perkhemahan Kokurikulum, Mengecat semula kelas-kelas, membangunkan semula surau (kuarters guru yang tidak digunakan Program Ku Petik Bintang, dan mewujudkan Bilik J-Qaf (sehingga bulan Mei ini).

Beberapa  perancangan masih disusun atur dan akan dilaksanakan. 


Semoga segala perancangan akan berjaya dilaksanakan sebaik mungkin. Kami guru-guru akan memberi sepenuh dedikasi untuk kejayaan  anak didik di sekolah ini.

* Makluman Pn. Chempaka Aziz.