24 May 2011

DISOROK HANTU.


Pak google.

Ingat kan zaman moden, zaman ICT, zaman bukit dan hutan dah rata hantu pun dak tak ada. Rupa-rupanya ada lagi .Kita saja yang tak nampak. Agaknya dok bertengek tepi kita pun tak tahu. Tengah tersengih sebab  kisah dia masuk blog.

Kisahnya semalam  tapi baru tahu sekejap tadi masa adik telepon pada mak. Anaknya hilang masa balik dari kedai menolong abahnya berniaga. Adik aku ni , buka kedai makan. Jarak kedai rumah tak jauh dari rumah mereka . Dalam satu pagar saja. Masa dia habis kerja dalam pukul 3 pagi, nak balik ke rumah berjalan kaki , masa tu juga dia nampak abah dengan maknya memanggil dari satu arah.

Sedar, sedar si anak tak ada dalam rumah. Jenuh pakat mencari tak berjumpa juga. Satu keluarga tak tidur sampai cerah. Tup-tup pukul 7 pagi tadi , si anak balik sendiri dengan baju penuh lumpur berselut. Mamai lagi. Macam orang bodoh.

Rupa-rupanya dia tidur bawah pokok durian tepi rumah sampai ke pagi. Nasib baik hilang sekejap saja. Kalau berhari-hari tak tahulah nak kata apa. Mesti heboh satu kampung. Mak bapak tak boleh nak buat kerja. Asyik susah hati fikirkan si anak.

Kejadian begini , zaman dulu-dulu selalu berlaku kena sorok dengan hantu. Kita tak boleh menolak hantu dan jin juga  makhluk Allah jua. Kita sebagai manusia kena pandai mencari mendinding dengan ayat Kursyi dan sebagainya.

No comments: