Negara di kejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang melibatkan rumah anak-anak yatim Tanah runtuh melibatkan anak-anak yatim dan Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Batu 14, Ulu Langat.
Menurut berita semasa di TV3 sebentar tadi, 2 mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang, sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh. Sebelum itu 3 orang kanak-kanak berjaya dikeluarkan dari timbunan tanah.
Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus. Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.
Dipercayai kira-kira 20 hingga 30 penghuni dalam Rumah Anak Yatim Al-Takwa. Sama-sama lah kita doakan agak penghuni yang terperangkap selamat dan berjaya dikeluarkan. Al-Fatihah untuk mangsa. Segala update akan menyusul sebentar lagi. Credit Gambar : gambarpic.co.cc, Berita Harian, mStar, Harian Metro, Bernama.
*Update.
- Menurut Berita Harian Online, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.
- Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.
- Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.
- Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.
- **Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20pelajar dan empat warden kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
- **Kini tujuh mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera, mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.
- **Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.
- ***Sehingga jam 6.30 petang tadi, mayat tiga kanak-kanak dikeluarkan dari tanah runtuh. Sementara itu, pasukan penyelamat bersama penduduk berjaya mengeluarkan enam kanak-kanak lain dan semua mereka dikejarkan ke Hospital Kajang
- ***Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini 5 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa. 12 yang lain berjaya diselamatkan.
- ***Sehingga jam 11 malam tadi, jumlah mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa ialah 10 orang. 9 orang berjaya diselamatkan dan 6 lagi dilaporkan masih tertimbus.
- Setakat 1.30 pagi tadi 12 mangsa disahkan terkorban, manakala 4 lagi masih tertimbus.
- ***2.00 pagi (22.5.11) Seramai 21 orang daripada 25 mangsa, membabitkan 20 pelajar dan lima dewasa, yang tertimbus berjaya dikeluarkan.
- Mangsa ke 6 meninggal sebentar tadi.
- Seramai 4 orang lagi masih tertimbus dan gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.
- ***3.00 pagi (22.5.11) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi ini. Kos rawatan turut ditanggung kerajaan.
- Setakat jam 4.10pagi, seorang lagi mangsa yang terkorban ditemui namun belum dibawa keluar menjadikan jumlah 13 terkorban manakala pasukan menyelamat menemui anggota badan yang tidak sempurna dan tidak diketahui identiti.
- ***4.30 pagi Lagi mangsa terkorban ditemui, menjadi angka korban sekarang ialah 15 orang. Seorang lagi belum ditemui dan masih tertimbus.
- ***5.10 pagi (22.5.11) Mangsa terakhir berjaya dikeluarkan dan ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban ialah 16 orang. 13 kanak-kanak dan remaja manakala 2 dewasa.
- # Tragedi ini melibatkan jumlah rasmi 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala 9 yang lain cedera, 3 daripadanya masih kritikal.
AL-FATIHAH UNTUK MANGSA DARI KAMI. SEMOGA YANG KRITIKAL AKAN KEMBALI NORMAL DAN SEMBUH SEPERTI BIASA. SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN KEPADA PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT DAN TURUT SERTA PENDUDUK YANG MEMBANTU MENYELAMATKAN PENGHUNI RUMAH INI. AL-FATIHAH.
Berita saya minta izin dari suffer.frenzyfm.my berkongsi berita ini untuk makluman semua. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment