Pemandangan Jakarta dari udara, padat dan sesak.
Mula-mula tak mahu ikut, sekarang nak pergi lagi.
Ada orang marah lambat masuk entry cuti-cuti Jakarta ni lambat. Ramai juga yang mengikuti Chempaka Biru ni di kalangan sahabat dan rakan-rakan yang mengenali. Sukernya hati. Sabar ya.
Semalam tak sempat masuk , sibuk sikit melayan anak nak balik asrama. Pagi buat roti inti daging. Masak special sikit untuk tengahari. Maklumlah hari last kat rumah. Nanti sebulan lagi baru boleh balik ke rumah semula budak-budak tu. Alia , dah komplen tak boleh berlama dengan mak sebab maknya cuti-cuti luar negara.
Pakcik baju belang antara wargamas yang turut serta.
Sampai di tempat menunggu , Feri dah sedia ada. Melambai-lambai dari jauh. Feri ni pemandu pelancong yang akan sentiasa bersama kami setiap kali kami ke sana.
Feri berbaju batik merah.
Makan malam pertama selepas mendarat.
Kami di bawa makan di restoren untuk makan malam. Rombongan kami dipecah-pecahkan beberapa kumpulan kecil untuk makan di bawah pondok kecil. Menu makanan ala Sunda. Nasi diletakkan dalam bakul anyaman dari buluh. Air teh kosong tawar , minuman wajib semasa makan nasi.
Dalam bilik Hotel Serena, Bandung.
Di hotel ini, kami dikejutkan dengan panggilan telefon tepat pukul 4.30 pagi untuk maklumkan waktu solat subuh. " Ibu sudah jam 4.30 pagi bu". Bagi kawan-kawan yang tak biasa , ini satu yang luar biasa ". Bagi aku , aku dah biasa dikejutkan dalam trip terdahulu.
Tunggu entry depan . ok.
Bye.
cem gambar makanan sikit je. tengah lapar ni, kalau tepek gambar makanan hilang sikit lapar. keh keh.
ReplyDeleteAh ah. Gambar makan sikit saja. Sebab time tu kita pun tengah lapar. Tak sempat nak snap byk2 .kih3x
ReplyDeletewahh cantik hotel dia...
ReplyDeletep/s: akak mahal ke beli iphone kat cina tu? apa yg rosak kak? takleh baiki eh?
Kalau ke Bandung dah pasti bawa balik banyak beg.
ReplyDeletesalam kak...dah blk ye..ingat tk kuar lagi dr indon.hihi..FM tu ada ke? ada nk ler.nk pegi sna lom lepas lagi.aduhai...(malu nk ckp ni...)
ReplyDeleteHanis: Beli 3, 2 kong, tak leh pakai. Setakat nak ambik gambar, dgr muzik ok lah. Nak call tak leh.Frust betul.
ReplyDeleteKak zai: Pergi Bnadung, beg beranak. Pergi satu balik 3 beg
ReplyDelete