17 June 2011

LAYAN NOVEL PULA.

Sejak dua mejak ni kegemaran membaca novel semakin dilupakan. Tak seghairah dulu. Mana tidaknya asyik dok layan blog saja.

Bayangkan sejak tamat tingkatan 5 dulu dah jadi ahli Perpustakaan Awam hingga sekarang. Perpustakaan tu pun dah berpindah ke tiga lokasi mengikut pembaharuan zaman. Boleh kata semua novel  di situ habis khatam. Salah satu sebab pembacaan novel menurun akhir-akhir ini buku dah habis dibaca.

Kadang-kadang baca buku yang dah dibaca . Sampai terlupa tajuk. Kalau macam ni , tutup saja buku. Aku tak ulang lagi untuk kali keduanya.

Selalunya aku baca buku yang dipinjam . Belinya tidak. Kebiasannya tak akan ulang 2,3 kali novel tu. Jadi lebih baik pinjam saja . Setakat bayar yuran RM 5 setahun apa salahnya.

Agaknya boleh bagi anugerah sebagai ahli yang paling lama kut.

Bukan kat satu pusat sumber,jadi ahlinya tapi dua. Satu kat kampung. Pusat Sumber Desa.

Tup-tup singgah pada minggu lalu, wah terbeliak biji mata bila tengok novel-novel baru tersusun di rak. Nak-nak pula penulis kegemaran. Dari Alaf 21, NB Kara dan sebagainya.





Tadi singgah sekejap. Dapatlah pinjam dua buah novel Norhayati Berahim. Harap-harap dapat habiskan secepat mungkin.

Mesti kena ulang pergi selalu lepas ni.

7 comments:

  1. assalam nieda..acik jugak dari sekolah sampai la dah tua macam ni..masih lagi baca novel..dah adaa blog kurang beli...cuma beli novel norhayati berahim.dan siti rosmizah aje.

    ReplyDelete
  2. Membaca tu amalan mulia. Jom galakkan anak2 dan diri sendiri membaca.

    ReplyDelete
  3. kalau dh "start" alamat lah payah nak stop .sure buat keje pun terbayang novel yg tak habis baca lagi tu.dah lama tinggalkan hobi yg "ketagih" ni.

    selamat membacalah ye.novel Alaf 21 mmg best-Norhayati Ibrahim?emm..mmg cair novelnya..hihi

    ReplyDelete
  4. memang suka gi library dari masa sekolah menengah lagi..tapi skrg ni novel kat library yang baru susah nak dpt. skrg ni tgh layan novel yang di beli dari tahun lepas yang tak habis-habis baca.

    cerita tentang duk kat jakarta tu ada kat label memori jejalan kat luar negara

    ReplyDelete
  5. Kak Zai pun suka membaca tambah lagi kalau dapat novel tak toleh kiri dan kanan. Baru habis baca novel Cinta Tiada Akhirnya Dan Duri.

    ReplyDelete
  6. Mmg dah khatam sebuah . tak sampai 24 jam.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Yong, masa bila macenyer tu?

    ReplyDelete