28 June 2011

Safari Indonesia


Kami ke Safari Indonesia pada hari ke 3 di sana . Selepas bertolak dari Puncak.
Safari Indonesia tempat wajib lawat. Berbeza dengan safari di  negara kita sebab binatangnya  lepas bebas. Kita pula yang terkurung. Terkurung dalam bas. Macam Ilama ni sangat jinak. Menanti para pengunjung menghulurkan makanan untuknya.

Selain itu di sini ada juga cable car . Boleh tengok seluruh Safari dari udara. Rp40000 sorang . Tak naik pun . Hari tu dah naik dengan Shauqi dan Wani tahun lepas. Ada juga gerabak ala2 keretapi .Harga Rp 15,000 seorang.Seronok juga .Dia bawa ronda keliling kawasan Safari yang tak sampai dengan berjalan kaki.







Jemu berjalan kaki , boleh try naik keretapi. Sorang kena bayar tiket Rp10000. Masuk gua jumpa berjenis -jenis dinasour dan orang zaman batu tengah masak-masak.



Selepas tu, ada lakonan dengan gajah. Mesejnya supaya kita menjaga dan memelihara hutan dan hidupan di dalamnya supaya tidak pupus terutama gajah Sumatera yang tinggal tak seberapa dah. Pandainya gajah ni berlakon. Bila kena tembak, terus dia baring ala2 kena peluru.

Selain tu gajah 2 ni melukis pada t-shirt dan hasilnya akan dijual pada yang berminat. Cantik juga gajah ni melukis. Ramai yang datang terutama murid-murid Tadika.

Mereka juga memberi penerangan tentang gajah dan serba sedikit cara menjaga gajah. Rupanya , gajah ni ada 5 jari ditangan dan 4 jari di kaki.Setiap minggu kukunya akan dipotong supaya kuku gajah  tidak mencekam isi.

Tengok gajah dah tumbang.

Tshirt dijual kepada yang berminat.


Naik gajah ronda-ronda .Rp150,000. Mahal juga tak jadi naik. kalau 2 orang dah berapa?
Dah dapat beg tangan sebiji.

Kedai cenderahati .

 


lLetih ronda-ronda boleh berehat di sini sambil minum-minum. Ada roti pelbagai rasa.

  Baby carrot banyak dijual di luar untuk kita beli sebelum masuk ke Safari.


Dari Safari terus ke Jakarta. Bermalam di sana 2 malam sebelum pulang ke Malaysia. Panjang pula story g Indon kali ini . Tak habis-habis lagi.
Enjoy the gambar!! Layan je la.

2 comments:

  1. ee bestnyaaa sy suka kalau leh tgk haiwan dekat2 cmtu, dh lama teringin nk g safari...akak, tak nak besarkan layout ke?

    ReplyDelete
  2. dasat gak,ada safari.yelah klu gi soping je,boring pulak budak2kan.nilah tmpt yg diaorg suka.kita pun terpaksalah sporting sekali kan...

    * insya Allah,ada rezeki sya,biar pun lambat ada juga nanti.sabor...

    ReplyDelete