09 July 2011

BORING LAH TU!!








Lambatnya tunggu pak long pilih seluar. Mula tadi abah dah beli satu, Pak long tengok . Berkenan pulak. Kami pun pergi cari kedai yang abah beli tadi. Pusing-pusing tak jumpa. Memang pening kalau kat sini. Nampak sama saja kedainya.Nak keluar pun boleh tersesat, tak nampak jalan. Nasib baik abah dah hafal tangga keluar. Kalau tak  lama  kami berkurung dalam tu.

Antara pintu masuk ke Pasar Tanah Abang.


Komplek Tanah Abang ni bertingkat-tingkat. Orang pula beribu-ribu. Nak parking bas pun susah. Nak kena hulur-hulur juga kat pak guard situ. Lepas tu boleh parking 3, 4 jam depan bangunan Tanah Abang. Bolehlah mak dan rombongan senang hati pergi shopping kat atas tu.

Heran sungguh mak ni , setiap kali pergi sana , mesti nak pergi beli kat sini. Letih tau mak...ikut mak shopping ni.


Pemandangan biasa tengok orang bawa barang , guni besar-besar. Ramai yang kerja angkut barang. Barang tu pula punyalah besar. Pakai gendong atas belakang saja. Tenaga manusia memang ramai kat sini. Masa kami turun dari bas ramai orang lelaki yang berkumpul dok tunggu ambil upah bawa barang. Kesian......


Nampak tak yang pakai tshirt warna hijau tu. Mereka tulah tukang angkut barang. Abaikan yang nampak jam tangan dengan baju hijau  ni ya. Itu abah kami. Jangan marah abah ya...nampak tangan je.


Kat Malaysia mana ada macam ni. Habis sangat pun kena tolak barang pakai troli dari lori masuk kedai saja. Ini tidak. Depa angkut dengan jalan kaki sambil bawa beban berat pakai tulang empat kerat saja. Insaf sekejap tengok susahnya hidup negara lain berbanding kita di Malaysia. Aman damai dan harmoni.

Bye .  Selamat berhari minggu. Esok sekolah kami cuti lagi. Sehari je, Selasa sekolah balik.

Jumpa lagi.

3 comments:

  1. Kesian kan tengok diorang kerja keras,tak macam kita disini terlalu manja semua nak depan mata.

    ReplyDelete
  2. Kak Zai: Kita kat sini hidup senang -lenang . Itu pun ada yang tak sedar diri lagi.

    ReplyDelete
  3. betul tu kat sini susah sikit sibuk nak minta derma. ada tu badan sihat je kalau nak bekerja, tapi kerja asyik mintak je. eloknya bagi dorang duk sana baru dorang tahu.

    ReplyDelete