08 July 2011

DEMAM UPSR DAH BERMULA!!

Program untuk memperkasakan UPSR peringkat Zon Selama diadakan di sekolah kami. Dihadiri seramai 200 orang pelajar termasuk 50 orang fasilitor. Memang RTBK jadi tumpuan . Projek mega dan besar-besaran diadakan  merangkumi 14 buah sekolah sekitar daerah ini.

Julai memang bukan bulan untuk berbulan madu. Setiap minggu tak miss lagi. Setiap minggu ada saja aktiviti yang kena dipenuhi. Minggu depan Sukan sekolah pula.Memang sibuk sungguh .Tapi pandai-pandailah nak bahagikan masa. Macam sekarang budak-budak AGFA tengah buat riadah kat bawah , Sorang cikgu tu sibuk dok tulis blog ....SSSSYYY.

Jangan marah , budak-budak fasilatator diberi baju kuning . Bukan baju kuning BERSIH tu ya.. Nak buat macam mana , tempah dah awal. Tup,tup baru keluar baju kuning BERSIH . Nasiblah.


Para fasilitator sedang mendaftar dan diberi baju kuning percuma.



YM Raja Zainal Hafiz b Raja Adnan (Guru Besar) sedang berucap.

Aktiviti petang -beriadah.



Post a Comment