13 July 2011

Dalam hati Ada Cinta

Pagi tadi masa memandu ke PKG Batu Kurau, sambil memandu layan Sinar.
Ada seorang pemanggil Harun yang nak kahwin pada 22Jun ini. Tak lama sangat lagi. Bertemu dengan bekas kekasih hati yang ditinggalkan semasa Tingkatan 6. Si kekasih  masih solo dan Harun dah berkeluarga.

Lamanya, tapi masih ada jodoh. Bakal isteri dah jadi warga negara Australia. Mereka berjanji akan berjumpa setiap 2 bulan sekali.

Isteri Harun tiada halangan untuk suaminya berkahwin lagi. Tang part ni hati aku tersentuh juga. Pada aku, mana ada isteri yang sangup berkongsi kasih. Cerita ni terbawa-bawa sampai dalam dewan Taklimat pagi tadi. Sabarnya si isteri, baiknya dia, sanggupkah dia ...macam-macam bermain difikiran.

Bertemu setelah sekian lama secara tak sengaja dalam satu majlis dalam bulan Februari lalu , Julai dah nak kahwin.

Sanggupkah menanggung rindu selama 2 bulan tak jumpa? Tanya Harun pada DJ radio. Alahai, kalau isterinya dengar , mungkin ada hati yang terusik.

Mungkinkah?

2 comments:

  1. Madu tu manis tapi mungkin bagi lelaki saja.Kata orang kalau ikhlas boleh dapat payung emas.

    Rasanya kak Zai tak sanggup .

    ReplyDelete
  2. Bukan apa lelaki sekarang yang nak ikut macam Nabi tang tu saja. Tang lain susah nak cakap.

    ReplyDelete