12 August 2011

BROKOLI



 Tahukah Anda bahwa kandungan vitamin C pada brokoli jumlahnya lebih banyak daripada buah oren? Kandungan kalsium brokoli juga lebih besar dibandingkan  segelas susu, dan brokoli juga diketahui mengandung lebih banyak serat daripada sepotong roti gandum! Cara hidangannya pun sangat mudah,  boleh dimakan mentah, ditumis, dicampur sebagai salah satu bahan sup atau dikukus sebagai hidangan.

Ia juga salah satu sayuran yang perlu diambil bagi mengelakkan penyakit barah.

Dalam penyediaannya , perlu diketahui supaya kotoran dan hama yang melekat padanya dapat dibuang. Caranya sebelum dimasak, rebus sekejap dengan campuran sedikit garam untuk mengeluarkan hama tersebut.

Selepas itu ia sedia dimasak mengikut menu kesukaan anda!
Post a Comment