12 August 2011

Sagu Gula Melaka.

Beberapa hari lalu, terasa nak makan sagu gula melaka. Bial dimakan sejuk rasa sedap sekali. Tambahan seharian berpuasa. Sejuk tekak bila sagu+ santan dan gula melaka ditelan.


Ikhsan Google.

Saya lebih suka makan sagu dengan menggunakan santan berbanding menggunakan susu.Tak tahulah walau pun susu dikatakan rendah lemak tetapi pilihan tetap nak makan dengan santan . Namun terpulang kepada selera masing-masing. Pilihan ditangan sendiri.

Untuk sukatan sagu ,saya hanya gunakan segemgam sahaja. Perlu direndam supaya ia cepat masak dan tiada lagi mata ikan pada biji sagunya.  Masa memasaknya juga sekejap jika kita rendam terlebih dahulu.

Bahannya (Saya pakai agak -agak sahaja)

Sagu ,santan gula merah dan  sedikit garam.

Caranya:   Rebus air sampai mendidih, masukkan sagu . Kacau sampai berkilat. Letak dalam bekas. Sejukkan .Sedia untuk dimakan dengan santan dan gula merah.

Berbuka hari ni: Pulut Udang Mak Tok.


2 comments:

  1. Assalam nieda..semalam dah makan dah.memang sedap..bila dah sejuk kan,

    ReplyDelete