Semalam berlalu dengan baik. Anak-anak dapat berbuka bersama-sama 5 beradik. Memandangkan anak perempuan tinggal di asrama , kami berbuka di rumah mertua. Selepas berbuka dan bersolat maghrib terus abahnya menghantar pulang . Tahun ni dibenarkan berbuka bersama keluarga tapi mesti sampai di asrama sebelum pukul 11 malam pula. Kalau pukul 12 malam jadi Cinderella pula.
Musim berpuasa ni orang suka berbuka dengan minimun sejuk. Tapi semakin meningkat usia aku suka berbuka dengan minuman panas. Tapi kalau zaman kanak-kanak dulu , minum sirap atau oren sejuk wajib waktu berbuka.
Tapi zaman dulu , tak semua ada peti sejuk. Kami tunggu waktu petang-petang orang jual ais lalu depan rumah. Sebuku 20 sen. 20 sen tapi cukup untuk sekeluarga. Penjual ais tu pun kayuh basikal saja. Sambil laung "ais, ais". Sekarang ni mana nak ada suasana macam tu. Semua orang buka peti saja. Ais tu bersalut dengan serbuk kayu untuk lambat cair.
Namun memori macam tu sangat manis untuk dikenang. Budak zaman sekarang tak merasa macam tu lagi.
Kenangan yang hilang di bulan puasa.
tak per..nanti boleh cuba lagi. betul tu ..dulu beli ais macam tu..kenangan yang tak boleh dilupakan
ReplyDeletekak Zai tak menggalakkan anak2 minum ais masa berbuka.Kalau pun terlalu meminta kak Zai akan buat air mengunakan air sejuk dalam peti ais tanpa guna air batu.
ReplyDelete