24 August 2011

HARI MERDEKA PUN DAH DEKAT.



Tahun ini kita menyambut MERDEKARAYA kerana sambutan raya jatuh dalam bulan merdeka.Ulang tahun ke 54 tahun sangat bererti kepada rakyat Malaysia.



Dalam sibuk membuat persiapan raya , janganlah lupa sambutan merdeka. Sekurang-kurangnya kibarkan
bendera di  rumah atau pada kereta.

Generasi baru, tak tahu betapa susah nenek moyang mereka hidup dalam zaman penjajah. Dalam darah dan air mata. Mereka lahir selepas merdeka , negara aman makmur , kepayahan orang dulu-dulu nak mendapat kemerdekaan tak dapat dirasa. Mereka kurang menghargai kemerdekaan negara.

Zaman kanak-kanak dulu arwah nenek rajin bercerita hidup dalam zaman penjajah . Masa tu zaman Jepun. Susah nak makan , pisang dan ubi jadi makanan ruji. Salah sikit kena pancung. Ada satu tempat kat kampung kami jadi mahkamah tentera Jepun. Kat situ tempat orang salah dihukum. Semua orang salah dari semua daerah  dibawa ke situ dihukum. Ada kena pancung, minum air sabun sampai buncit kemudian pijak perut. Air akan keluar dari hidung, mulut , dan semua lubang yang ada dibadan kita.

Satu lagi sumber maklumat, dari Cik gu Yahaya b Darus . Cikgu Sejarah masa tingkatan 2.Beliau menanam semangat patriotik dalam diri kami .Mengajar sebutan betul untuk Jose Rizal -pejuang negara Filipina. Semoga cikgu masih sihat dan sejahtera. Jasa cikgu mengajar kami sangat saya hargai.




No comments:

Post a Comment