Kita dah menghampiri fasa -fasa terakhir bulan Ramadan , bulan yang penuh keberkatan. Tak lama lagi Syawal akan menjelang pula.
Dari masak-masak untuk berbuka , sekarang ramai blogger yang dok mula buat kuih raya pula. Blog-blog sekarang meriah dengan pelbagai kuih raya yang nampak sedap dan enak.
Cuti Nuzul Quran tempohari , saya pun tak melepaskan peluang . Dapatlah juga 2 jenis biskut pada hari. Satu yang Izzat request nak - Biskut Mazola.Biskut ni kalau dia dapat tak sempat tunggu raya mesti habis.Dia usung dengan Tupperware sekali.
Resepi KLIK KAT SINI
Satu lagi , Biskut Suji. Biskut ni mesti buat setiap tahun. Fisrt time buat dulu terus jadi. Resepi nak buat dia tak pernah meragam. Lagi pun tak pakai acuan .Pakai potong -potong saja . Cepat siap.
Semalam buat biskut Sarang Semut resepi dari Isma. Tak pernah buat lagi. Ini kali pertama.Resepi kuih
lama .Buat ramai -ramai dengan kawan-kawan . Seronok.
Kalau buat sendiri , puas hati. Belanja tak banyak mana. Dapatnya banyak. Tapi letihlah sikit.
Cuti hujung minggu ni ada biskut yang dok tunggu giliran nak buat .
assalam nieda..tahun ni cuti buat biskut raya..nak beli pulak..tapi memang mahal nieda...beli sikit je
ReplyDeleteBeli pun ada juga. Tapi satu kepuasan buat kuih raya sendiri.
ReplyDelete