10 August 2011

Malang Tak Berbau.


Kereta Wani kena langgar .


Kereta Bangla bawa . Kereta pinjam toke punya.Toke boleh buat tak tau
dia tak ada lesen.


Kan dah masuk lorong orang.





Mat Bangla yang berdiri tu bawa kereta tak ada lesen. Member
sebelah tumpang sekali.






Malang memang tak berbau. Baru keluar sekolah nak balik rumah, dah kena langgar dengan kereta Mat Bangla. Sedih ,sedih Mat Bangla yang tak ada lesen , permit tak ada  semua segala boleh terlepas begitu sahaja. Kerja dengan orang ada-ada kat sini . Mudahlah Mat Bangla boleh lepas. Polis pun pejam mata.(Tak semua polis macam ni )

Ini cerita semalam. Habis kereta kuning  Wani rosak. Pintu tak boleh buka. Nak keluar pun tak boleh. Nasib baik masa kejadian Polis Peronda sampai. Polis tu yang tolong  tarik pintu. Nasib baik tak ada yang luka atau hilang nyawa.Kalau tak,  boleh lari Mat Bangla tu.

Waktu sekolah baru habis , jadi ramai kaum kerabat RTBK tak balik lagi . Ramai yang tunggu sampai semua selesai. Boss, Cikgu Jamil, Isma , orang kampung pun ada sekali. Bayangkan kalau hanya Wani dan Isma saja. Waa, menangis tak berlagu jawabnya.

Dugaan di bulan puasa.
Post a Comment