Sesiapa nak joint boleh lagi. Klik kat Kak Ina KL .
Raya akan terasa meriah dengan adanya lemang , rendang dan ketupat. Tapi di rumah kami ni biasanya masak lemanglah. Faberet gitu. Buat lemang bukan senang. Kena cari buluh , mesin kelapa, berpanas membakar lemang . Kalau silap bakar lemang tak masak pula.
Kerja buat lemang ni mesti bermula dari awal pagi lagi. Kalau tak nanti berpanas api bakar lemang dan satu lagi panas terik matahari pula.Berpuasa pula lagi . Tentu panas dan dahaga.
Buat lemang ni , ayah mertua saya memang pakar. Hari raya hari tu , pakat buat ramai -ramai dengan anak cucu yang balik beraya. Ini Farez yang balik dari Melaka.
Tengok meriahnya , ramai -ramai turun padang memasak. dari yang kecil sampai yang besar. Ini Paklang (biras) tengah masak rendang.
Rendang daging satu periuk besar nak makan dengan lemang . Hasil tangan maklang dari Melaka.
Maklang sibuk perah kelapa .
Syarat-syarat contest ini ialah :
1. Kena ambil gambar pada raya 2011 sahaja tau. Tak boleh tahun lepas punya gambar yer. Kalau boleh tulislah ayat cam akak buat tu.
2. Ceritakan apa yang di masak dan sape yang memasak ataupun sape yang kena mencuci/kemas umah (buat ceritalah sikit)
3. Kena Like fanpage "kakinakl.com". Semua gambar berserta link blog akan di letak di situ.
4. Letakkan link akak di N3 tersebut.
5. Tinggalkan komen kat bawah N3 ini dan jangan lupa tinggalkan permalink anda.
6. Tarikh tutup ialah pada atau 29hb. September pada jam 12.00 tengah malam hari tersebut.
Ayat yang wajib di letak di N3 tersebut ialah :
5. Contest- GambarContest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"? adalah anjuran www.kakinakl.com bersama cikmin.com/
dan http://ecakefairy.blogspot.com
terima kasih sudi join. Pilih satu ajer gambar yang terbaik supaya senang nanti nak masukkan ke fp akak tu.
ReplyDeleteYe ke kak.
ReplyDelete