05 September 2011

Jamu kut!

Bila tengok wajah Hetty Koes Endang dalam Utusan hari ini, terpegun diri. Licin, gebu macam telur dikupas.



Memang kagum dengan orang Indonesia yang mempunyai rupa paras yang bersih  dan licin. Bukan nak kata orang kita tak ada yang licin gebu. Ada, tapi mereka memang terkenal dengan wajah mulus sejak zaman berzaman.

Agaknya , dari kecil dah kena dengan jamu sebab tu wajah nampak bersih dan cantik.

Jurujual di Butik KERIS.

Sebenarnya kat  butik ini tak dibenarkan mengambil foto. Tapi bila dah klik terus sajalah klik. Gambar ini pun sorang lagi pekerja butik ini tolong ambikkan. Lihatlah perbezaan wajah dua orang wanita di atas. Memang ketara. Malu weh!!
Post a Comment