03 October 2011

EXAM LAGI

Hari ini semua murid Tahun 5 akan menghadapi peperiksaan ( KAFA )UPKK bagi sekolah Rendah Agama Rakyat. Bermula hari ini hingga Khamis (3-6 Oktober 2011). Semoga semua anak -anak yang menduduki peperiksaan ini boleh menjawab dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Bermula esok pula, PMR peperiksaan penting bagi murid Tingkatan 3 akan bermula. Dari sinilah mereka akan terpisah dengan kawan-kawan sekelas mengikut keputusan sama ada ke aliran sains , sastera, perdagangan , teknik dan sebagainya.

PMRlah yang akan menentukan hala hidup mereka. Kalau mereka cemerlang tentu secara automatik akan ke aliran Sains yang banyak cabang ilmunya. Atau ke bidang sastera yang terbuka luas.

Semoga anak-anak ini berjaya dalam peperiksaan yang mereka akan duduki nanti. PMR akan berlangsung selama seminggu dari  4-11 Oktober 2011.

Yang terlebih berdebar ialah ibu bapa di rumah bila anak masuk dewan periksa.

2011 semakin ke penghujungnya bila peperiksaan UPSR,  PMR dan SPM tiba.
Post a Comment