Pagi tadi ke klinik dengan Shauqi. Shauqi demam pula. Tapi bukan itu yang nak dikisahkan .
Semasa menunggu untuk berjumpa doktor keluarlah siibu muda yang juga membawa anak dari dalam bilik rawatan. Berkain labuh kembang dan t shit paras punggung. Semestinya dia akan pulang dulu dari saya.
Di kerusi menunggu masih ada pesakit yang menanti. Ada sepasang pakcik suami isteri , dan seorang lelaki dewasa di situ.
Apabila ibu muda tadi menuju ke pintu keluar setelah mengambil ubat, alahai terpandanglah kami bayang-bayang kakinya di sebalik kain kembang itu. Dia tidak memakai kain dalam . Bila berada berhampiran cahaya
ternampaklah apa yang berada di bawah kainnya. Bayangkan bahagian yang ternampak adalah dari bahagian bawah punggung sampai ke hujung kaki.
Hati-hati , walau berkain labuh aurat kita tidak terlindung.
Peringat untuk diri sendiri juga.
yus kalau tak berkain dalam, rasa mcm tak pakai kain je...
ReplyDeletemmg lain rasanya..
biasa gak nampak situasi serupa, dan mmg pelik kenapa mereka tak nak pakai kain dalam
assalam nieda..dah lama acik perhatikan..tu sebab bila baca tajuk nieda tadi..laju je kesini.
ReplyDeletekalau acik ni..yang dah letak lining pun masih lagi acik berkain dalam..rasa tak percaya je dengan lining tu.
Kebanyakkan org muda2 sekarang sgt suka tak berkain dalam. Kalau dlm gelap tak jadi masalah . Kalu dok depan pintu mcm mana ? tentu nampak terang benderang benda bawah kain.
ReplyDeleteRamai sangat remaja sekarang xpakai kain dalam.kenapa ???kenapa
ReplyDeletepanas la nk pakai kain dalam bagai
ReplyDelete