31 October 2011

Naik feri

Bersama Kak Leha PK HEM kami dah nak pencen thn depan.

Kami masuk ke Pulau Pinang pagi tu naik jambatan . Melintasi lautan terus ke Akuarium Batu Maung. Masa nak ke Kedah di sebelah petang tu kami naik feri pula. Memberi peluang murid-murid sekolah ini merasa. Kan budak-budak suka naik feri.

 Lagi pun tak ada masalah kalau nak ke Tanah Besar dah tak payah bayar tambang. Masa masuk je kena bayar sama ada naik jambatan atau feri.Masa balik tak kena dah.

Bas turunkan kami di laluan masuk ke feri. Jauh juga nak berjalan ke dalam tu. Menapaklah kami semua.  Semua budak-budak dah masuk feri lain bersama guru-guru lelaki yang lain. Dah lepas masuk feri pun . Kami yang jalan kat belakang terlepas pula. Tinggallah 5,6 orang termasuk murid-murid 2 orang tu.Tunggu feri yang lain pula.


Masa  feri dah sampai seberang , si Shauqi ni lenalah pula. Mana taknya duduk kerusi kat depan sekali .Kena pula angin laut yang menderu-deru bertiup. Tak payah pakai penghawa dingin terus lena. Kenalah berdukung dia pula.Latih juga mak ni. Sampai beg tangan pun Kak Leha (tudung puple tu) yang tolong bawakan.

Nasib baik lena tak lama.Lepas tu dia jalan sendiri semula. Tak laratlah mak nak dukung budak besar tu. Sampai di seberang dekat Stesen bas Butterworth bas(bas naik jambatan ) pun dah sampai untuk bawa kami semua ke Alor Setar pula.

Tunggu kisah kat Kedah pula ya..
Post a Comment