30 October 2011

Masuk Ga pun boleh membantu pageview naik.

Untuk seminggu ni banyak juga saya joint GA.Joint GA bukan susah mana, kecuali masa mula-mula jadi blogger dulu. Tak pandai lagi naik masukkan banner dan macam mana nak buat entry yang sesuai. Terketar kepala lulut bila nama kena taq dengan blogger lain.

Tak kena bayar duit, tak payah bayar stem . Cuma tekan-tekan keyboard saja. Kalau tak ada idea nak menulis entry baru , masuk GA pun boleh.

Perkara lain ia dapat meningkatkan sedikit kalau tak banyak jumlah pageview kita akan bertambah.
Tak percaya ?Cuba try.

Bila kita joint, tak secara langsung owner GA akan singgah kat blog kita tulis terima kasih joint ke atau apa-apalah. Kemudian bila blog kita tersenarai tentu ada orang nak tengok dan klik-klik.Kan dah dapat pageview kat situ.

Secara peribadi saya sangat suka blogger yang singgah dan tinggal jejak. Seronok sangat bila si dia menyapa.Kalau ada masa saya akan lawat balik ke blog dia. Selalunya saya terus singgah balas. Bukannya banyak sangat pun. Bolehlah buat macam tu. Kalau dah banyak tak laratlah pula kut.....

GA yang saya sertai:
Yana Yassin
Fantaghirolynn
Ila cheqsue
Pen Merah
Teka penyanyi -Deqlis
GA for lucky follower
GA senang menang
Mr Baiz -RM300 mesti dimenangi
LizaHanum contest
jOM GEGAR DUNIA BLOG

Ada yang tertinggal?
Post a Comment