Buat Duit

Monday, November 21, 2011

HARIMAU BAHAM GARUDA

Anak bujang 2 beradik dah pandai menjerit-jerit bila bola masuk gol. Apa lagi yang berentap semalam pasukan negara. Mujur pasukan negara menang cantik mengalahkan 4-3 Indonesia. Syabas dan tahniah.

Hari ni bertukar corak.  Tak pernah lagi entry  keluar pasal bola. Tapi semalam benar-benar memberi impak. Masa awal tu tak tengok lagi perlawanan.Dok melayan blog. Maklumlah beberapa hari  lalu modem rosak. Anak-anak saja yang menjerit-jerit memberi sokongan. 

Dekat nak habis baru tengok sekejap. Masa penalti dan Apek menolak bola keluar. Cantik. Di situlah baru rasa syok tengok bola. Dengan sendiri semangat Malaysia tu datang sendiri.

Tahniah untuk pemain Malaysia dan jurulatih. Anda semua membanggakan negara.


No comments:

Post a Comment