17 November 2011

Rindu

Rindu sungguh tak berblog beberapa hari ni. Ketinggalan juga membaca cerita di blog kawan-kawan.Hari ni baru berpeluang buka blog sekejap.

Masalahnya modem kat rumah dah kena kilat. Hu, hu sedihnya. Selalunya call TM dia datang servis elok balik. Sekarang dah habis tempoh garentinya. Modem rosak kena beli sendiri. Itu pasal lambat sikit nak baik pulih.

Aktiviti sepanjang minggu ini tersangatlah banyak . Maklumlah minggu akhir  persekolahan. Dengan hari Anugerah,  Jamuan Akhir Tahun di Taiping Golf Resort, Minggu SPM(bertugas sebagai pengawas) , minggu ibu bapa dapat wang RM 100. Banyaknya , tak terkejar rasanya.



Layan gambar semasa hari jamuan akhir kami di sana . Gambar-gambar ini sebagai kenangan . Senang nak tengok balik . Cari saja di Cempaka Biru kalau rindu pada memori sepanjang 2011 nanti.


Guru Besar YM Raja Zainal Hafiz b Raja Zainal sedang memberi ucapan.




Hamper dan hadiah  yang disediakan.




Hadiah hari jadi , semua dapat hari ni.


Tokoh guru 2011. Tahniah Cikgu Ana.


Kelihatan YDP Tn Hj . Abd Mutalib b Mat Dom dan NYDP En. Zulkipli b Judin hadir juga. Walaupun YDP PIBG kami sedikit uzur namun beliau tetap memberi komitmen terhadap sekolah.  Kami warga sekolah sangat berbangga terhadap beliau.


Semua guru mendapat pengiktirafan dari GB. Tahniah kepada Cik  Anisah sebagai Guru Berdedikasi.

Di sini juga ada kemudahan penginapan. Sesiapa yang singgah di Taiping boleh bermalam di sini.Boleh klik sini                                                                     

4 comments:

  1. nak nak hujung tahun ni kan, lagi lah bizi. tapi takpe, kite semua memahami. :)

    ReplyDelete
  2. hujung tahun adalah minggu yg sibukkn..tp,lepas tu dah boleh cuti..yeayyy..

    ReplyDelete
  3. hujung tahun sebelum cuti sekolah mmg sibuk kan kak...

    takpe, lepas ni cuti boleh pulun berblog semula..:)

    ReplyDelete
  4. Nieda..selamat bertugas..dah kembali semula berblog ..

    ReplyDelete