27 November 2011

Selamat Bertunang Noor Atiqah dan Taufiq





Saya tempah cup kek ini dari Naza Isma sebagai hadiah pertunangan kepada anak sepupu ayah (Mak Piza) saya. Sebagai tanda ingatan saya kepada ibu saudara sepupu saya ini.

Masa saya bertunang dulu, saya mendapat berbagai kek dan barang-barang yang akan diberi kepada pihak tunang saya.  Eh...sekarang dah jadi suami. Rasanya sangat banyak sampai lebih  30 dulang hantaran . Ada yang bagi kek, coklat , kuih-kuih lama, bauhulu ikan , buah kana yang dibalut dengan plastik warna hijau/ merah dan jadilah anggur sejambak. Saudara-mara ni masing-masing berbesar hati nak menghulurkan sedulang dua sebagai hantaran .Jadi bertambah banyaklah hadiah untuk sebelah suami saya masa tu.

Barang yang saya sendiri sediakan juga dah ada. Seperti  baju melayu , sampin songket, minyak wangi dan lain-lain tu. Masa tu tak adalah nak bagi ipad, telefon atau benda canggih-canggih seperti sekarang. Hanya barang -barang biasa saja seperti selalu orang dok bagi masa tu.

Istimewanya , masa tu ialah coklat (kecil-kecil)yang digubah menjadi rumah kampung yang dikelilingi dengan pokok-pokok . Pemberian dari Mak Piza ni lah.Saya ingat sampai hari ini . Orangnya sangat berseni. Hantaran tunang anaknya pun dibuat sendiri.

Barang hantaran yang digubah sendiri.

Terkenang zaman dulu-dululah pulak aihh!

5 comments:

  1. Macam kenal itu cupies.hehe.thanx ats tempahan k nieda.hari ni bt choc indulgence lak utk adik blk asrama.tp x dan amik gambr dah potong.huhu

    ReplyDelete
  2. cantik cup kek tuh!!

    kalau kat kampung saya pun hantaran banyak makanan2 jerk..sedara mara bagi...untung belah lagi satu..hehe.

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana sudi singgah dan letak blog saya dalam bloglist awak.

    ReplyDelete
  4. selamat bertunang buat pasangan...terliur plak tgk cupcakes tu yum!

    ReplyDelete
  5. selamat bertunang.. heheh

    jom tgk kejap aja.=)

    http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/simple-word.html

    ReplyDelete