02 June 2026

Satun - Hadyai

 Asslamualaikum 

Sawadikap


Cuti sekolah bergabung dengan cuti raya aidil adha … lama.

Mak ada misi jalan- jalan cari makan sampai masuk sempadan. 

Kali ini ke Satun - Hadyai.

Cuti bergabung , pintu masuk sempadan jem gila.


Beratur ... 3 jam di pintu masuk Wang Kelian.


Bukit Kayu Hitam katanya sehingga 6 jam urusan cop pasport selesai.

Wang Klian - 3 jam.

Padang Besar - 2 jam.


Selesai urusan cop pasport.
Selamat masuk ke Thai.


Kami masuk melalui Wang Kelian sebab kembara kami hendak ke Satun lebih dekat dari WK dan berakhir di Hadyai dan akan keluar dari  Padang Besar.

Kami , 10 orang  termasuk keluarga abang  dan adik ipar serta anak2 saudara bergerak ke utara masuk ke Satun dari border Wang Kelian.

Percutian kali ini tertunda akhir tahun lepas disebabkan banjir melanda Hadyai bulan 12 lalu , jadi kami tangguhkan pada  tarikh ini.                                         

Jem melekat pagi tu…3 jam baru selesai urusan masuk.


Kami singgah di Wang Kelian View Point dulu alang-alang dah sampai sebelum meneruskan perjalanan.


Wang Kelian View Point.
Bayaran masuk RM2.
Buggy Rm 3 (seorang )

Kami singgah membeli simkad di Satun selepas masuk dengan bayaran  250 baht.

Tukar duit juga di buat di Pekan Cina Satun (8.10 baht tukaran semasa).

Driver , En Wahab bawa kami ke kedai Pak Tam  untuk makan tengah hari.

Ada sebuah lagi kedai yang boleh singgah makan di hujung laluan ke Jeti Tamalang.
Nampak orang ramai penuh sedang menjamu
selera .

Lunch di Pak Tam @ Tanjung Pho.
Harga 10 orang makan 2960 bath.



Makan tenghari di Pak Tam sea food.




Order ketam  hidup-hidup tangkap sendiri, sotong goreng tepung, udang masak asam, siakap keong som.


Kami juga singgah di kilang belacan muslim di Tanjung pho.
Apa lagi , membeli belacan udang geragau yang murah berbanding jika membeli di

Sedap untuk menambah perisa dalam nasi goreng , mi , bihun , sayur dan lain-lain.



Tamalang port.
Perut dah kenyang lepas luch.
Driver kami bawa merata dalam  Satun walau tak request.
Jeti Tamalang 
Satun - Langkawi.



Singgah di masjid Al Aqsa versi Satun,



Foto ini di ambil oleh orang Cina Malaysia yang berkonvoi motor . 
Request  dari dia bila melihat kami nak bergambar.
Terima kasih orang baik.











1 comment: