2 ekor siakap dan 2 ekor kaci .
Hasil memancing suami saya di kolam berbayar. RM 10 sejam. Paling kurang 3 jam sehari. Tapi hari cuti saja. Kami dah naik jelak dengan siakap. Macam-macam dah masak . Sampai tak tahu nak masak apa lagi.
Satu hari tu sampai dapat 7 ekor . Namun yang sampai ke rumah 2 ekor saja. Selebihnya diberi pada orang.
Macam siakap hari ni pun sama. Tinggal seekor ikan kaci saja (yang kecil sikit saiznya) di rumah . 2 ekor siakap dah diberi untuk makan-makan semasa pertandingan pentanque. Satu lagi rezeki kawan yang singgah kat rumah petang semalam.Nasib baik juga , kalau tidak tak muat peti sejuk.
Assalam Nieda..macam tu la bang acik yang dipucong tu bila dah banyak..dia hantar ke rumah acik..siakap la jenaha la..talapia la..pantang off day..dia pi mancing.suami acik pernah ikut..ikan tak kenal dia..sekor pun tak dapat..he he
ReplyDeleteBila dah selalu makan mcm tu pula jadinyA. Tapi org yg memancing tak kisah pun.
ReplyDeletealahai akak sampai dah jelak tgk siakap. Kita pulak dpt siakap air batu pun rasa waaa...sedapnya hehe..
ReplyDeleteikan kaci wat masak kari pun sodap.makan ikan fresh sedap.rajin suami nieda gi mancing.
ReplyDeletewah, sy ni mmg suka makan ikan siakap..sbb jarang dpt makan..kalau selalu makan macam akak, mesti jemu jugak kut..hehe
ReplyDeletesalam kak,
ReplyDeletesiakap ni klau dh masuk kedai ikan bakar alamat gegnya berganda naik.baru sabtu ni g makan ikan bakar,sekilo siakap dh bakar rm50!
mmg melampau dh naiknya.dulu kedai yg sama ni gegenya baru rm35.skrg ni naik mencodak dia.siakap pn dh ada gege skrg ni! hihi...