Buat Duit

Wednesday, December 7, 2011

MAKAN-MAKAN DI HARI AKHIR SPM



Hari ini merupakan hari terakhir bagi pusat peperiksaan SPM yang saya bertugas.  Sebenarnya tarikh akhir SPM ialah pada 14 Disember .Mengikut mata pelajaran yang diambil oleh calon, bagi pusat ini subjek terakhir pada hari ini ialah Bahasa Cina dan Tamil.

Kami berpakat untuk adakan jamuan . Ada yang bawa puding , kek, lauk pauk, nasi air dan buah-buahan. Sambal belacan dan ulam-ulaman pun ada. Siap komplet semua ada. Kirannya kenyang tersadai . Perut jadi sendat dengan makanan.





Mengikut pusingan jam sambal petai, puding ,buah-buahan, daging masak kicap, ulam dan sambal belacan serta siakap masak 3 rasa.




Mana tak sengkak perut, semua ada . Selepas makan nasi, ada pencuci mulut dan kuih muih pula. Awal pagi dah makan nasi lemak yang dibawa oleh Cikgu Jamrah. Dari rumah dah makan  roti burger ala Kak Nor Secubit Garam.


Pengalaman bertugas tahun ini memang menyeronokkan . Bersama geng yang sporting dan sahabat karib  saya dari sekolah lagi.- RAPIZAH TALIB. Hari-hari yang berlalu tak terasa kerana bersama kawan-kawan yang baik hati ini. Membesar bersama-sama dari zaman  remaja sampai sekarang. Harapan semoga persahabatan akan berkekalan ke akhir hayat.



Layan gambar sajalah.


 Baru nak mula  makan.




 Ketua dan Penolong . Dua orang jejaka , yang lain semua perempuan dari 10 orang guru bertugas.


Cikgu Grace -setiap hari pakai baju kurung. Respect kat dialah.




Tupperware tudung hitam tu memang dah lama. Sejak posting rasanya , tapi selalu dapat baru bila tudung pecah atau rosak.




Nasi lemak yang Cikgu Jamrah bawa.

Akhir sekali terima kasih kepada Cikgu Jamrah yang tukang ambil gambar. Saya c&p dari FB saja. Cepat siap entry hari ini.

Tahun depan jaga lagi nak??

4 comments:

  1. pegi jaga exam ke pegi makan ni?

    ReplyDelete
  2. lama x singgah sini..bila singgah terus nampak gambar makanan..semua nmpk sedap..

    ReplyDelete
  3. salam kak...

    wah lepas ni boleh lah rehat2 ye...tugas dah selesai.

    ReplyDelete