02 December 2011

Naik angin sekejap

Musim cuti sekolah kenduri pun banyak. Tengahari tadi , pergilah  makan kenduri dengan anak-anak.

Masalahnya orang selalu nak mudah parking kereta motor nak dekat-dekat dengan tempat yang nak dituju. Jalannya kecil, sebelah kanan ada CITRA . Sebelah kiri ada KRIS.

Alamak , macam mana nak lalu ni. Akhirnya , turun nak alihkan KRIS. Tak boleh pula. Leher dah keras kena kunci. Tiba-tiba datang pula Myvi dari depan. Nak tak nak, kenalah  undur ke belakang slow-slow.

Akhirnya terpaksa parking belakang CITRA. Jalan kakilah kami ke rumah kenduri.

Aik, masa balik tu pula.... tak sempat nak tutup pintu kereta datang pula WIRA laju tak nampak orang. Terketar-ketar kepala lutut saya. Nasib baik mak tok dan Shauqi sempat masuk. Kalau tak habis pintu kereta sebelah.

Manalah hilangnya rasa timbang rasa mereka ni??
Post a Comment