15 February 2012

MALANG BERTIMPA.



Minggu ini memang malang sungguh . Lepas satu-satu terjadi. Memang tak ada aura lah kata Chempaka. Bila suami sakit, pagar jatuh dan yang paling buat hati tersangat frust.... lappy tersayang dah pecah skrinnya. Aduhai.....

Nak melayan blog pun semakin slowlah jawabnya. Semalam samasa ke hospital sempat singgah di kedai komputer . Untuk skrin baru kena siap dalam RM 500. Jawabnya tunggulah. Baik beli sebiji yang baru.

Suami pula , masih tak dapat baik rumah  walau pun semalam macam nak keluar dah. Ini kena tunggu lagi sebab petlet darahnya masih rendah. Hari ini masak lagi sup ketam untuk dia. semoga cepat stabil .


Google

Dah masak ketam biasa, orang kata ketam nipah ni mujarab bagi penyakit denggi ni. Maka mencarilah pula ketam jenis ni. Jauh dapatnya, adik ipar tolong belikan di Pulau Pinang dekat jeti. sekilo dalam 8 ekor RM 45.

Pada kekawan , minta maaflah kalau saya tak sempat singgah.  saya akan curi masa untuk BW.

Insyaallah.

Jumpa lagi.
Post a Comment