Buat Duit

Monday, February 6, 2012

Roti lagi

Semalam terpandang roti ibundo , roti garlic. Hari ni terus buat sementara tepung roti baru beli baru-baru ni. Mengulinya petang jadi dapat makan tentunya  dah malam. Tapi yang seronoknya roti hari ni jadi dengan gebunya walau pun tanpa imrover atau softenernya.

Saya cuma masukkan water rough saja. Resepi ikut resepi yang selalu buat. Namun saya mengguli dua kali dengan Bread Marker. Tepung roti ini saya beli di kedai baru ceritanya ada DI SINI. . Selalu saya beli kedai lain. Lain kali boleh beli di sini saja lagi pun harganya murah.

Saya buat dua jenis roti. Roti garlic siap dengan sup cendawan lagi dan roti yang dipaipkan dengan coklat.

Dah tinggal satu ni saja.

Ini saja yang tinggal. Roti garlic tu tak berseri tanpa taburan daun di atasnya. 
Tapi ada sup cendawan untuk dicicah dengan  roti. Lepas ni kena pergi cari 
satu botol untuk stok kat rumah.

Dah nak tidur baru sempat masukkan entry baru malam ni. 

6 comments:

  1. bestnye buat keje baking membaking ni.....

    ReplyDelete
  2. Memang pun. Boleh makan dengan rasa tamaknya..... hihi

    ReplyDelete
  3. Sedapnya bila terbayang garlic bread ngan sup. Rajin nieda membaking ye..

    ReplyDelete
  4. Nieda..acik belum pernah buat roti..resepi dah banayk simpan..belum berani nak cuba selagi tak de BM

    ReplyDelete
  5. cik ina tengok roti garlic ibundo pun tak boleh tahan.

    ReplyDelete
  6. mencuba resipi baru di dapur itu satu terapi juga kan?

    best nih.. thanks ya for sharing~~~

    ReplyDelete