Buat Duit

Sunday, April 8, 2012

Apam Indon

Tergoda tengok Apam Indon dari blog Ita Masam Manis, petang semalam cuba buat sendiri pula. Boleh buat bekalan anak yang nak balik ke asrama.


Apam Indon 

APAM INDON
By: Blackmore Forum Cari
Disumbangkan oleh : MamaFami 
Rujukan : Cikpuan Mieza My Resepi
5 iji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna 
Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain. 
Sediakan loyang ukuran 9 inc
Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper

Ayakkan tepung bersama baking powder. 
Campurkan garam ke dalam susu. 
Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang. 
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla. 
Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. 
Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai. 

Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat. 
Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 ~ 40 minit atau sehingga apam masak sempurna.

Terima kasih yang berkongsi resepi. 
Kalau nak bandingkan dengan hasil apam dari Ita jauh panggang dari api .Sudahlah gambar yang diambilnya  juga terang ,jelas dan berseni. Kata orang boleh masuk majalah.

Namun resepi ini,sangat mudah dan bahannya juga senang didapati .Pertama kali  buat pun sure jadi. 
Insyaallah.




3 comments:

  1. wow terliur plak...sedapnyaa yum yum...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..seronok bila apa yang kita buat menjadikan nieda.

    ReplyDelete
  3. menarik apam ni kan...sama mcm MIL saya selalu buat apam betawi tapi nama jer lain.bhn lebih kurang sama juga.

    ReplyDelete