09 April 2012

Safari Surabaya Part 8

Punyalah banyak siri dah sampai part 8 , story tak habis-habis. Tapi mungkin dapat membantu sesiapa yang ada plan nak ke sana pula selepas ini dapat membuat rujukan. Sebagai kenangan diri sendiri juga. Kalau teringat nanti tekan butang dapat tengok balik. Maklumlah Cempaka Biru ibarat  diari hidup.Tulis-tulis atas kertas mak tak rajin dah.

Taman Safari Surabaya ialah antara taman haiwan yang ada di sana selepas sebuah lagi di Jakarta yang lebih besar dan meriah dengan pengunjung. Kios dan permainan pun lebih banyak. Dengar kata di Bali pun ada satu.

Bayaran masuk dikenakan berbeza ya. Untuk pelancong luar Rp 100 000 ++. Bagi  pelawat tempatan Rp60 000 seorang. Semua harga sama, kanak-kanak atau dewasa.


Sepanjang jalan masuk   kiri dan kanan ke Taman Safari  terdapat penjual menjual pisang dan lobak merah habuan untuk binatang di sana. Yang boleh kita hulur  dari tinggap kenderaan. Unta,ilama, rusa,monyet pun banyak.  Beli pisang seseikat habis kat orang dalam van dulu. Masa ni  perut memasing dah lapar.

Masa dok suap-suap lobak ini dekat unta, kepala unta  dah nak masuk dalam van . Nasib baik tak pecah cermin. Punya lah berani budak-budak ni dok hulur. Mak pak kat belakang dah terjerit-jerit .Binatang kat sini bebas tanpa dikurung kecuali singa,beruang ,harimau ada di buat parit memisahkan dengan jalan utama kenderaan tapi memang tak berpagar.



Masa kami sampai dah dekat waktu persembahan dolphin.


Terhibur dengan pertunjukkan ini. Melompat,menari,main bola,macam -macam aksi . Pandai sungguh cikgu yang ajar dolphin ni.

Shauqi dan kakaknya nak dok depan.
Masa ni  tempat duduk kosong lagi. Dewan hampir penuh  bila masa dah nak mula.

2 orang pemuda tutukang ajar .Bila dolphin lepas beraksi disuap ikan sebagai upah.
Pompuan tu pula sebagai MC.

r
Berlatar belakang kapal. Bukan kapal betul tapi dibina seperti  kapal .
Masa ni disuruh dolphin bercium pulak.


Maklong  Ila, Alia,Ain dan Shahada.

Kat sini kamera buat hal. Bateri kong. Nasib ada jual bateri kat kios diluar tu. Rp 16000.

Cerita Taman Safari di Jakarta  (Jun 2011) ada di SINI












6 comments:

  1. Kak Zai belum sampai Surabaya tapi dah pergi kat safari Bogor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Safari Bogor lebih happening.Tambah pula hujan lebat tak sempat nak tengok semua tempat.

      Delete
  2. Best jugak tempat ni, kira kita tak payah menapak jauh la... Dok dalam kenderaan, pastu umpan haiwan datang kat kita...Harap dapat ke Surabaya satu hari nanti..

    ReplyDelete
  3. salam nieda..acik tak berani pi melawat kat tempat2 yang haiwannya lepas..takut jugak walaupun kita dalam kenderaan kan.

    ReplyDelete
  4. menarik jugak surabaya ni kan. byk aktiviti, kot2 nak pergi saya refer blog akak je nnti. :D

    ReplyDelete
  5. slm, saya nk bertanya...klu pn ada contact no supir di surabaya ni..
    sy akan pergi pada bln 0kt ni..so skg tgh survey supir n hotel di surabaya.
    terima kasih...

    klu sudi kongsi info, blh emel sy di fhanem@gmail.com.
    tq.

    ReplyDelete