15 April 2012

FM dari CITH dah sampai..

Saya  gemar menyelongkar cerita orang pergi makan angin. Boleh duduk berjam-jam dengan lappy membaca satu dan satu dan satu lagi. Tak jemu-jemu . Tambahan pula kalau ayat yang ditulis sempoi dan santai , lagi saya suka berlama-lama di situ. Saya akan korek sampai cerita yang lama-lama pun habis saya akan khatamkan juga. Apa lagi kalau ada gambar cantik-cantik. Bestnya....

Saya baru habis baca cerita Azian ke Kashmir dan sentiasa menanti sambungan kisah-kisahnya di sana. nak baca boleh KE SINI.

Bila berjalan-jalan ni,  kita kan ada  beli sesuatu untuk kenangan. Selalunya FM sebab murah , ringan dan mudah nak bawa balik. Sumbat kat tepi-tepi beg pun boleh.

CITH  dari Chempaka Aziz blogspot ajak tukar FM . Nasib baik fm ada lagi sikit. Kalau tak kempunan Chempaka kita ni. Tahun lepas dah sekali pos . Masa tu FM dari Bandung. Tapi....tak sampai pula.  Tapi masa tu guna pos biasa saja maklumlah FM tu ringan saja yang dibuat dari getah. Saya kira ok  rupa-rupanya tak ok. Kali ni guna Pos Laju .Mujur sampai.

Saya dapat kiriman dari CITH pada hari Sabtu.  Ada 3 FM - dari Korea, Dubai dan Menara KL . Memang akak sukaaaa. Nak harap kita ke sana hentahkan bila?


Menara KL tu , nasib baik tengok. Rupa-rupanya dok sebelah belakang FM Korea tu. Terima kasih kepada Chempaka yang sudi tukar-tukar FM ni. Dah bertambah lagi FM akak ni.
Seronoknya.



7 comments:

Acik Erna said...

assalam nieda..seronok dapat bertukar2 FM ye..
kalau dah minat kan..

Lady Lavender said...

saya belum lagi kena 'angin' minat collect fm. Nak kena collect jugak kot sikit-sikit lepas ni :-))

Kathy Tuah said...

sy jarang beli FM kalau gi mana2..selalu keychain je..hehe..

Rozita said...

Saya pun terpikir kan psal tukar tukar FM ni. Nanti lah bila saya ke mana mana, kena umumkan kat blog sapa nak tukar tukar FM. Ye lah nak cover semua tempat bercuti entah bilakan ?

Nieda said...

Keychain tak tahulah nak lebb tu akak beli FM , boh saja kat peti sejuk.

gadisBunga said...

kalau nak bertukar2 FM saya akan pegi beli kat kedai, sebab dalam collection sendiri tak berapa banyak lagi utk ditukar tukar. :D

Ibuhani said...

SAmalah hobi saya pun kumpul FM.....nk gi semua tmpt x mampu. Jdlah kumpul FM jer....hehehe...