Pemandangan dari beranda vila . Masa ini selepas Subuh tapi jam menunjukkan pukul 5 pagi.
Angin pagi menderu-deru . Nyaman sekali. Seperti keadaan bermalam di Puncak, Bogor.
Kelihatan di belakang , adalah vila tempat kami bermalam. Di kawasan ini memang banyak rumah / banglo untuk disewa kepada pelancong. Sebenarnya vila ini hanya setingkat saja. Kami terpaksa mendaki tangga untuk sampai ke atas. Dari pintu masuk boleh melihat sekitar kawasan dengan jelas kerana berada di tempat tinggi.
Rombongan kami menyewa 2 buah rumah. Sebuah lagi untuk 3 keluarga lagi. Tapi kami sempat juga saling melawat antara satu sama lain walau pun hanya tidur semalam di situ.
Ini bilik sayalah. Vila ini ada 3 bilik siap dengan bilik air di dalamnya. Bila nak mandi alamak sejuknya air macam mandi dengan air ais pula. Tapi syok. Tak ada disediakan pemanas pula.
Ruang tamu . Anak-anak yang besar tidur kat luar saja. Bergelimpangan dengan
sepupu-sepupu.
Mural di dinding bahagian luar rumah. Ada kolam ikan lagi. Tiang pun bercat tapi sekali pandang macam tiang dari marmar pula.
Ini dapurnya. Ada meja makan dan peti sejuk. Termos-termos tu siap dah ada air panas sebelum kami sampai dah siap. Ada teh dan gula. Tapi gulanya tak berapa putih macam di Malaysia. Kuning-kuning sikit macam bercampur dengan gula perang.
Tapi suami dah beli teh dan gula , mee segera, roti untuk makan-makan di Indomart.
Ceritanya Indomart ada DI SINI.
Rata-rata rumah di sini mesti ada parabola besar ini.
Inilah tuan rumahnya. Bukan yang berkacamata ye..yang itu abang ipar saya . Bapak ini ada anak 2 orang sedang belajar di Amerika. Rumahnya hanya di sebelah saja. Pagi-pagi dah masuk rumah kami untuk bersihkan dapur. Kebetulan pagi tu tak ada air sebab hujan lebat sebelah malamnya jadi bekalan terputus. Jenuh dia usahakan juga sambung paip air untuk ke rumah kami.
Akhirnya , dapatlah kami mandi dengan selesa.
Pemandangan dari balkoni bila cerah sikit . Lihatlah rumah-rumah di situ, agak besar . Awan -awan yang bergerak rasa dekat saja dengan kepala.
Kelihatan kereta antik di belakang budak-budak tu.
Semua dah siap untuk balik ke Kota Surabaya pagi ni.
Sepatutnya dah bertolak awal lagi. Tapi ada pula yang nak naik kereta kuda. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai akhirnya kami blah .
Bersidai tunggu kereta kuda tak mai-mai.
Baju kotak-kotak tu pemandu pelancong kami -Pak Supri.
Pemandu van kami yang pakai baju putih jalur tu.
Mereka berdua kalau bercakap memang kami tak faham, cakap bahasa Jawa pekat betul.
Semasa kami menuju di sini semalam , bertembung dengan rombongan pengantin . Ada tarian lembu.
Tarian lembu?
Sebenarnya ada lagi entry nak publish tentang Surabaya . Jangan marah ye..
Nak baca lagi tak??
Hehehe... mesti la nak baca. Memang menunggu je nieda upload story mory pasal surabaya nih..
ReplyDeleteseronok baca cerita-cerita surabaya ni ..nanti kalau ada peluang p surabaya boleh la guna itenary nieda ni...
ReplyDeleteSaya x pernah gi Surabaya lg......seronok pulak baca entry ni..... :))))
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieda,
ReplyDeletecantik sungguh permandangan dari atas tu kan....Bila la Kak Ros nak sampai kat sana.....EEEmmmm....
cantik permandangan kat kawasan villa tu kak..
ReplyDeleteNieda..tak pe acik suka..tak sampai sana pun dapat jugak melihat gambar2 yang nieda kongsikan.
ReplyDeleteTeringat kak Zai masa pergi Bogor,udaranya sejuk dan nyaman.
DeleteNieda ceritalah lagi mana tahu kalau ada rezeki boleh ke sana pulak.
Cantik villa tu.. suasana dari balkoni tu pun nampak damai je.. :D
ReplyDeletesalam kak.
ReplyDeletecntik ye villa tu.huh..memang kena masuk ramai ni baru happening.tidak sunyi pulak.nampak betul owner ni org berduit kan.yelah tak semua mampu buat mcm ni.