Buat Duit

Friday, April 27, 2012

Tupperware...dah mula dah.

Bulan ni tergoda dengan Tupperware.Bentuknya bulat . Boleh simpan gula sure tak masuk semut. Tapi sesuai  juga dibawa berkelah atau bekal makanan ke sekolah.

 Sekian lama tak membeli Tupperware , bulan ni dah mula balik. Tergoda  dengan tawaran Beli 1  percuma 1 (Setiap set ada enam biji). Tapi saya membeli berkongsi dengan 2 orang kawan yang lain. Harga pula dapat harga ahli . Siapa tak ingin kan?

Jadi dalam 12 biji tupperware , bila berkongsi dapatlah sorang 4 biji - 2 besar dan 2 lagi kecil sikit. Ada 6 warna berlainan pulak tu. Itu yang buat tergoda. Bestnya, kalau rosak atau pecah kecuali kena api atau gigit dengan tikus kita akan dapat garenti balik. Jangan dibuang , kalau pecah tudung atau sebagainya . Pergi saja ke stokis berhampiran untuk dapatkan yang baru.

Kalau sesiapa yang menggunakan jenama ini walaupun mahal tapi berbaloi.

Berbanding zaman dulu-dulu, Tupperware tiada warna. Sekarang ada macam -macam warna dan bentuk pula.
Buat orang rambang mata sungguh.

4 comments:

  1. Saya ada juga beli tupperware sikit2, tp jarang pakai.. kecuali yg untuk simpan air mmg pakai hari2.. :D

    ReplyDelete
  2. kakak sy pun suka sgt beli tupperware tp dah beli dia pulak yg syg nak guna..hihi..

    ReplyDelete
  3. Saya pun beli juga bila nampak ada yg pattern cantik, tapi saya suka coz colour dia menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu kak Zai pernah jadi agent tupperware, kat rumah memang banyak. Sampai sekarang masih ada lagi.

      Delete