Hadyai ....tapi orang Siam sebut Hadjai.
Bertolak awal pagi selepas Subuh untuk ke Hadyai dari Taiping. 2 buah bas dengan lebih 70 orang guru dalam lawatan Penandaaras ke Hadyai selama 3 hari 2 malam.
Bagi diri saya memang impian nak ke Siam kerana teruja nak melihat orang berniaga dengan perahu di Pasar Air di sana.
Selepas dah bayar duit nak ikut rombongan ini, meletus berita Hadyai dibom tak lama dulu.
Terkedu sekejap sahaja... nak pergi juga.
Namun seramai 16 orang dari senarai awal peserta menarik diri ekoran dari peristiwa Hadyai dibom.
Sempadan Siam/ Malaysia.
Orang melaut kat border nak masuk Siam. Mungkin hari Sabtu dan cuti musim sekolah bermula.
Punyalah lembab proses nak masuk. Barisan kami ni diingatkan , tak payah selit RM 1 sebab Ketua Rombongan dah uruskan.
Tapi dek tak sabarnya menunggu...kami 3.4 orang kat belakang ni dah ke barisan sebelah. Kat sini , cuba tak selit tapi pegawai imigresen Siam ni , minta juga ....huhui.
Dalam kepanasan menunggu giliran. Tiada kipas angin yang dapat membantu.
Sempit dan sendat dengan orang ramai.
Bila tengok orang ramai ni, memang mereka tak takut dengan berita Hadyai kena bom dulu.
Kata En. Rashid, bukan kena bom tapi tong gas meletup di Hotel Lee Gardens.
Memang pun , hanya bahagian bawah / restoren sahaja yang rosak.
Ini ialah tour guide kami, En Rashid orang Saturn, Thai.
Dia ada asas sekolah pondok tapi ada ijazah.
Masa ini dia , tengah memperkenalkan diri selepas selesai urusan di border.
Dia ialah orang Melayu Siam.
Kena stop dulu ...nak kena masak pula.Nanti kita sambung lagi.
sesaknya org kat imigresen!
ReplyDeleteMemang sesak sangat
ReplyDeleteKami dulu g sana pn setiap stesyen mnta hulur.ms nk msk sempadan malaysia lak ada jg phk berkuasa kita yg mnta sbgai syarat diorg xyah check bas.ketua rombongan kn kutip dr kami sorg skt sb dia dh mnta.bl di fkr blk biar dia check pn xpe, kami x bw bnda haram pn.tp maybe ms tu suma dh pnt n mls layan kerenah phk berkuasa kita di sempadan, kn hulur jg la.hram jadahlah mereka itu
ReplyDeletesalam nieda..patut lama menyepi ye..rupanya dah sampai kesiam..bercuti..
ReplyDeletesesaknya orang nieda..
waaa..akak dah sampai Hadyai...masak cepat2 nanti sambung cite Hadyai hehe..
ReplyDeleteJun walaupun kampung kat sempada je tak pernah sampai sana. Bila buka mulut je mak mula jeling2...hehehe...
ReplyDelete