30 May 2012

HAdyai - Hari Pertama

Di hadapan pintu masuk Hotel Diamond  Plaza tempat  kami
menginap selama 2 malam 3 hari .
Saya menginap di tingkat 4 .
Bilik kami 417.

Diamond Plaza Hotel Hatyai,
62 Nipat u-thit 3 Hatyai, Songkhla
Tel: 0-7423-0130-41, 0-7435-3140-9 Fax: 0-7423-982


Hotel ini berada di tengah-tengah bandar Hadyai, turun kat bawah ada kedai untuk membeli belah. Kami hanya berjalan kaki untuk ke restoren muslim - Salma Restoren pagi  dan tengahari . 

Perjalanan ke restoren Salma , akan berjumpa dengan Hamid Restoren  yang famous dan selalu dikunjungi  oleh orang Malaysia. Tapi percayalah  harganya mahal dan rasa makanan tak seberapa. Buktinya, suami saya singgah makan di sini beberapa minggu lepas sebelum kedatangan saya, bayarannya untuk seorang makan RM 25 .


Mesti lalu kat sini untuk ke restoren Salma.


Berjualan pagi-pagi seawal 7.30 am setiap hari.

Banyak gambar nak tempek tapi tenet slow pula. Nantilah saya sambung lagi. Nak sudahkan ini pun punyalah lama.



p/s - Beruntungnya saya mendapat teman sebilik yang bawa Samsung Galaxy Note. Boleh kongsi gambar cantik dengan dia. Terima kasih  JalihaMshin.
Post a Comment