09 May 2012

Rupa-rupanya Jelajah Malaysia

Tengahari tadi keluar ke Pekan Selama . Hajat hati nak cuci gambar dan ke Pejabat Pos sekali. Tup-tup bila sampai kat  depan dataran stesen bas ada polis suruh berhenti dan cari tempat parking. Masa tu tengok orang dah ramai berdiri di tepi jalan. Macam nak sambut Menteri gayanya. Kereta pun dah banyak berhenti.

Masa tu masa puncak . Ada orang baru balik kerja , ada ambil anak balik sekolah, nak hantar anak sekolah petang pun ada.

Dalam hati tertanya-tanya . Sapalah yang nak lalu  kat Selama time  tengahari panas  gini. Polis trafic dengan motor besar tu tok sah kira la. Menderu-deru.

Lama juga dok tunggu dalam kereta . Nasib baik ada aircorn kalau tak cair.

Depa ni yang lalu.

Mula-mula  lalulah sebuah kereta yang betulis JELAJAH MALAYSIA. Ooo , baru tau, jelajah dengan basikal rupanya  bukan Pak Menteri yang nak lalu .






Basikal naik kereta

Nasib baik urusan selesai juga hari ni walaupun terpaksa memberi laluan kepada 
JELAJAH MALAYSIA  dulu.
 Lega.

   p/s - Kebetulan  bawa kamera  sbb nak ke kedai gambar boleh snap gamabar sekali hari ini.


7 comments:

  1. assalam nieda..sape yang ikut jelajah malaysia tu..

    ReplyDelete
  2. salam kak nieda,

    mujur tak tersangkut lama ye....saya penah kena tunggu hampir 2 jam nak bagi laluan kat beskal2 ni (yg de Tour gak tu) ... dah lah nak g keje, klu tahu baik lepak kat umah dulu 2 jam...hihihi

    ReplyDelete
  3. Selalu juga terserempak dengan acara macam ini.

    ReplyDelete
  4. Seb baik tak sangkut lama nieda. Kalau time kita tak der urusan, tak per lah perhati diaorang kayuh basikal tu, tapi kalau time ada urusan nak kena selesaikan, bengang jugak rasanya

    ReplyDelete
  5. wah jelajah malaysia dgn basikal.. berapa lama la ambil masa nak habis ye...

    ReplyDelete