23 May 2012

Testing, testing

Alhamdullillah bersiaran  dengan laptop baru hari ini . Delivery sampai ke sekolah tadi. Jangan ingat Pizza Hut atau Dominos saja , komputer pun ada servis macam tu.

Beg  free  dapat sekali.



Saya order dengan anak cikgu Hamdan , salah seorang guru di sekolah yang sama dengan saya. Tolong bangsa sendiri dan satu lagi kalau ada apa-apa masalah nanti boleh call dia untuk servis. Dan yang penting servis mesti telus.

Terpaksa beli baru, sebab komputer kecik yang selalu digunakan  ada masalah skrin pula walaupun dah tukar skrin di Lowyat 3 bulan  lepas.



 Baru sedar garenti yang diberi hanya sebulan  sahaja . Biar betullll! Ke dah kena  tipu  . Takkanlah tak sampai 3 bulan dah rosak skrin lagi. Ini memang kes naya.

Jangan ada masalah lagi hendaknya.
Post a Comment