12 June 2012

Entry last - Universiti Rajamangala di Hadyai



Apabila kita memasuki sempadan ke Thai kita akan melalui jalanraya yang baik dan tersangatlah  lurus. Kalau anda berada di bahagian belakang bas pun anda  akan rasa selesa.

Lawatan ke Universiti Rajamangala  of Technology  Srivijaya merupakan lokasi terakhir kami di bumi Siam. Entry ini juga akan mengakhiri cerita dan kenangan di Hadyai.  Balik dah lama , tapi tak habis-habis lagi bercerita tentang Hadyai, Hadyai..........

Sesungguhnya yuran belajar di peringkat ijazah di Siam amatlah murah. Selama 4 tahun pengajian belanjanya dalam lingkungan 5 K sahaja. Namun bahasa yang digunakan ialah bahasa Siam. Kalau tak boleh sambung belajar kat sana pula.

 Kursus yang ditawarkan di sini termasukkan urutan spa. Patutlah Thai sangat terkenal dengan masage dan urutan badan. Kawasan sekeliling hotel tempat kami menginap penuh dengan kedai urut . Tapi bukannya macam urut kat Malaysia. Kita boleh tengok ke dalam kedai sebab nampak terus melalui dinding cermin .

Lepas waktu bekerja kebanyakkan kedai penuh dengan pelanggan termasuklah geng  rombongan yang datang sekali. Caj hanya RM 20 sejam. Pelanggan duduk di atas kerusi seperti kerusi urut yang letak siling tu. Waktu malam lagilah penuh pelanggan di kedai-kedai ni.



Antara ahli rombongan yang sempat bergambar . Masa ni saya dah atas bas.


Saya dan Wani tak mahu lepaskan peluang bergambar di sini. Masa ni dah nak balik. Orang semua dah keluar kami pulak apalagi  bergambar la.


Lelaki berbaju kot-jurucakap pihak sana .
Memperkenakan diri sebagai Mustafa sebagai nama kedua.
Melayu Siam kut.

En Aziz- Nazir dari Negeri Perlis  (no 3  dari kiri )  bertanggungjawab membawa rombongan kami sampai ke sini.  Berdiri  lelaki no 7,8 dan wanita yang pakai baju dot-dot adalah orang Siam .Tak bagi tau pun mesti dapat agakkan?  Cikgu sebelah dot-dot tu yang dapat ke Phuket percuma hasil membeli belah di Nora Plaza yang paling banyak. Dan kak J bertudung biru di hujung tu pun menang juga.


Tengah mendengar taklimat .

Sampailah hajat saya  nak  ke Siam . Sesungguhnya perjalanan ini memberi pengalaman baru yang tak dapat dilupakan. Ayat macam karangan UPSR.










8 comments:

  1. saya yg duk 3 tahun kat perlis tu pun (sebelum dtg finland) belum pernah sampai lagi ke siam. Lepas ni nak kena pi jugak lah :-)

    ReplyDelete
  2. Boleh jadikan salah satu lokasi lawatan. Berbaloi2

    ReplyDelete
  3. assalam nieda..lepas ni boleh la rancang untuk melawat negara lain pulak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu acik...mmg dok plan tapi tak tau lagi ke mana

      Delete
  4. teringinnya saya nak pergi kak...
    doakan saya yer...

    ReplyDelete
  5. pastu terus ke phuket plak ke kak?

    ReplyDelete
  6. 4 tahun pengajian 5k je kak? Mmg murah sungguh ya. Sayang dalam bahasa Siam, kalau tak boleh pakat ramai2 gi Uni sana, tp boleh je kalau fasih berbahasa sana ekk. Di iktiraf di Malaysia tak ekk?...

    ReplyDelete
  7. haha...mmg macam karangan UPSR!

    kena suruh anak belajar cakap siam lah, nanti boleh hantar belajar kat universiti chulalongkorn..:)

    ReplyDelete