Buat Duit

Tuesday, June 19, 2012

Sutera oh sutera !

 Ini bukan toke batik ye, ini Mira anak sepupu saya yang rajin tolong pilih batik sutera.
Dah banyak tak reti pula nak pilih.
Semua nampak lawa.
Lokasi Desa Murni yang Erra Fazira jadi duta tu.

 Mak-mak dok memilih anak-anak dok kung fu pula dah.


Di kedai Desa Murni lagi

Masa ni kat kedai Payang. Batik kat sini siap ada batu kat kain.
Dia letak harga RM 250. Tapi kami tak beli kat sini.

Batik ini , warna pink beli kat Desa Murni , yang kuning merak tu beli kat Kedai Payang. 
Yang kuning  tu penuh dengan batu. Lip lap lip lap.
Yang pasti bukan saya punya der...

Nak parking susah juga untuk ke Kedai Payang. Banyak sungguh kereta. Dua kali kami keluar masuk . Lalu kut kawasan China Town ni.

Kawasan Kedai Payang ni, rupanya dah cantik dengan view tepi lautnya . tapi saya tak ambil gambar. Siap ada pokok berlampu lagi. Kalau malam mesti cantik.  Nak bersantai pun mesti best kena angin laut yang bertiup.

Kalau ke Terengganu tak beli batik sutera tak sah le. Beli juga selai buat kenangan.





5 comments:

  1. bestnyer shopping baju sutera kat sana..saya dah lama tak ke Terengganu tu:)

    ReplyDelete
  2. kalau dah banyak macam tu, memang rambang mata la dibuatnya sampai tak tahu nak pilih yang mana satu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik2nya kak...kalau saya pun, jadik rambang mata dibuatnya...hehe...

      Delete
  3. saya pun rambang mata masa ke Pasar Payang Terengganu hari tu, tp tak beli pun kak Nieda. Sebabnya mmg malas nak pakai sutera, malas nak gosok bagai, lagipun saya surirumah je....hehe. Tak berbaloi beli.....

    ReplyDelete
  4. x penah lagi pegi terengganu :(

    ReplyDelete